maafkan aku,ayah...

Posted by princess fairus | Posted on 6:13 PM | Posted in

aku bukanlah terlalu rapat dengan ayahku. dulu, ayahku seorang tentera.selalula kami berpindah.masa kecik2 aku takut dengan ayah.ayahku marah kalau kami bangun lewat. ayahku juga selalu bagi ceramah.malas betul nak dengar. Masa kecik2 ayahku selalu bawak aku jalan2 naik motor, kami pernah naik motor ke kaki Gunung Jerai, Pantai Murni dan memang perjalanan yang jauh2 la jugak walaupun naik motor.


Teringat semasa aku dalam darjah 4, aku dipukul teruk oleh ayah. Sampai aku lari dari rumah. Malam tu dah pukul 10 aku lari dari rumah. Aku bukan pergi jauh pun, aku lari ke rumah tok yang letaknya lbih kurang 500meter dri rumahku masa tu. Puncanya aku bergaduh dengan adikku yang ketiga kerana berebutkan selimut baru. Aku kecil hati masa tu sebab kenapa sebagai kakak aku pulak kena mengalah dan tak dapat gunakan selimut tu. Aku dipukul bukan sebab bergaduh tapi sebab keberanian aku berlari ke rumah tok aku dalam keadaan gelap pada malam tu. Ayahku kejar naik motor, aku pulak lari.nampaknya aku lari lebih laju. Malam tu aku tido sambil menangis sampai ke pagi.

Masa aku masuk sekolah menengah dan tinggal di asrama, hubunganku dengan ayah dah mula renggang. sebab aku sangat rapat dengan mak. Aku dah tak bercerita apa2 lagi dengan ayah. Mak dan ayah jarang melawat aku di asrama kerana asramaku yang jauh. Tapi, sekali sekala mereka datang, kami pasti berkelah di air terjun Lata Mengkuang dan Perangin. Seronoknya bila diingatkan masa tu.


Sekarang aku dah berkahwin dan tanggungjawab ayah dah berakhir sebaik sahaja menjadi wali semasa hari pernikahanku. Tapi, ayah tetap menelefon dan sms aku.ayah juga selalu tanya kenapa aku tak pernah nk telefonnya.aku selalu beri alasan tiada kredit, sibuk, entahla,kadang2 niat hati nak telefon tapi aku tak tahu nak cakap apa. Ayahku bukanlah selalu sihat tapi ada perkara yang membuatkan aku marah dengan ayah. Aku pun banyak buat salah dengan ayah. Walaupun aku dapat memaafkannya, aku tak yakin dapat jadi serapat dulu semasa zaman kanak-kanak aku. Tak sangka pula aku akan memilih seorang tentera sebagai suami, macam pekerjaan ayahku dulu. dan kebetulan ayahku juga pernah berkhidmat di kem suamiku berkhidmat sekarang. Apapun aku doakan yang terbaik untuk ayah...maafkan aku, ayah...



Comments (0)

Post a Comment