CINTA DAN HARAPAN

0

Posted by princess fairus | Posted on 10:10 PM | Posted in

Kelmarin hanya tinggal kenangan,
Bersama peristiwa semalam,
Adakah hari ini yang kutempuh,
Kan bersinar untuk hari esok...

Benarlah apa yang telah dikata,
Penantian itu satu penyeksaan,
Kepastian membunuh kerisauan,
Ketabahan mendamai keresahan...

Dalam dada ada bara cinta yang menyala,
Dalam cinta ada kita berdua,
Tiada siapa bisa menghurai rindu di jiwa,
Dengan iman dapat kita membendungnya...

Hanya kudrat Tuhan,
Yang bisa menyatukan,
Dan bisa meleraikan,
Cinta sesama insan...

Rahmat kasih sayang,
Yang amat diharapkan,
Untuk kita abadikan,
Kasih di alam cinta,
bahagia....

Wahai sahabat-sahabatku, hayatilah kata-kata di atas ni dan sama2lah kita renungkannya...kepada sahabat2 yang nak berkahwin,banyakkan bersabar dan berdoa kerana sesungguhnya bukan mudah untuk kita memiliki sesuatu yang bukan kepunyaan kita...

kesedihan seorang sahabat....

0

Posted by princess fairus | Posted on 9:54 PM | Posted in

yana menulis ni dengan perasaan sedih dan rasa sebak. yana baru saja tengok gambar2 korang semua semasa majlis perpisahan tu. maaf sebab yana tak dapat hadirkan diri. Fairus dh beli tket untuk yana balik masa sebelum kak wan gtau nk diadakan majlis tu.yana tak dapat batalkan sbb fairus dh beli dan yana takmau dia kecil hati.

Sepanjang kita bersama, yana mungkin tak banyak cakap sangat dengan korang.lagipun kita lain2 rumah. jadinya, yana mohon maaf kalau ada yang terasa hati, anggap yana sombongke, kalau yana ada mnyakitkan hati sapa2, buat apa yg korang xsuka, yana mohon maaf banyak2. sebagai kawan, yana dh cuba untuk jadi yg trbaik tp yana cuma manusia biasa yg tak lepas dri buat silap dan salah.

Kesempatan yang ada ni, yana nk ucapkan jugak jutaan terima kasih pada korang semua kerana sudi mnjadi sahabat NUR IZIANA AZIZAN dan yang banyak membantu yana selama ni. Dan terimalah lirik ni yang yana tujukan khas untuk korang semua...

Mereka bilang kau tak punya apa-apa,
Namun bagiku engkaulah kisah silamku,
Cerita lama,kisah suka dan duka bersamamu,
Kupasti kitakan bertemu,
Setelah sekian waktu,
Wahai sahabatku,
Kupasti,kitakan bertemu,
meleraikan rindu,
Wahai sahabatku...

gendang keling...haha

1

Posted by princess fairus | Posted on 2:47 PM | Posted in

korang penah dngar bunyi gendang keling?kalau taktau,kena tanya wani, inaz, paah dan farhana.gendang keling ni adalah muzik yang popular dalam majlis perkahwinan di negeri Kedah tp ikut tempat jugakla.

Orang yang bermain muzik gendang keling ni pada mulanya akan berarak dengan pengantin lelaki untuk mengambil pengantin perempuan.masa hari kahwin yana, fairus diarak oleh pasukan gendang keling ni sejauh 100meter lbih kurang. dan gendang keling ni akan terus dimainkan hingga pengantin naik pelamin.

Masa di atas plamin, muzik ni akan terus dimainkan tanpa henti.masa hari kahwin yana, pasukan ni main sampai tamat majlis kenduri lebih kurang jam 6ptg.Ptutnya ada pencak silat semasa gendang ini dimainkan tetapi memandangkan kawasan rumah tok yana dh sempit sebab dipasang khemah,jadinya tak dapatla diadakan pencak silat masa tu.

Masa hari kahwin 2 ayah yana ada menempah deejay.tpi yana pn xtau apa yg dj 2 ckpkn sbb bunyi muzik gendang keling 2 telah mengatasi suara2 dj dan kata mak yana, mak yana pn xtahu lagu apa yang dj 2 putarkan sbb bunyi gendang 2 yang kuat.so, kluarga yana mndapat 1 ksimpulan, klu nk bt knduri khwin lpas ni, tempah salah satu je, takpun ambik pasukan kompang. Kalau x, memang riuh sangat 1 kmpung bunyi muzik tu...

Kpd kawan2 yg mngkin brkhwin dgn rakyat Kedah, tanyalah bakal suami, ade x gendang keling.kalau ada di kawasannya, anda mngkin dpt mndngarnya.tp knduri di kmpung,klu kt bndar org xbuat sbb bunyi yng bising 2 akn mmbuatkan ramai orng akan marah nnt.

Ini saja yana dapat ceritakan tentang muzik gendang keling.

sahabat2 tersayang...maafkanku

1

Posted by princess fairus | Posted on 2:24 PM | Posted in

dalam ruang dan kesempatan yang ada ni, yana nk mntak maaf atas segala silap salah selama kita kenal samada di Ib ataupun di sini..

Sebenarnya, yana nk jelaskan kenapa masa yana bertunang dulu yana tak bagitahu korang semua. Memang yana nak rahsiakan tapi yana tahu akhirnya semua orang pun akan tahu jugak. Majlis pertunangan yana berlangsung semasa kita balik bercuti seminggu masa bulan ogos 2008.time 2 kta baru seminggu praktikum. pertunangan yana memang simple, gambar pn biasa2 ja sebab yana xberniat nk bertunang pn dengan fairus, tapi tok yana yang nak sangat kami bertunang sebelum kahwin.jadi, sebagai cucu perempuan sulung, yana ikutkan saja kehendak tok yana.

Masa cuti semester bulan 6 yana pi ambik krsus khwin, saja ambik awal2. niat hati memang nk kahwin ps hbis belajar sbb masa kt tmpat krsus 2 ramai tnyakan yana, bila nk kawin. diorng yg kt krsus 2 sngkakn yana dh btunang. Tp yana jawabla 2thun lagi.sbb xbajet pn kwin scpt ni. Msa bulan 7, fairus bncang dngn yana, dia ckp dia dh sedia nk tanggung yana dan dia nk hdup bsma yana, masa 2 yana masih bleh melawak2, xsngka plak dia serius. yana rapat dgn mak, yana tanyala mak.xpasal2 mk plak crita pd tok, 2 yg kami ditunangkan.haha, xpress btl.

Bulan 8 masa kmi tunang 2, ya ampun, tok yana dh siap cari tarikh kahwin,memang dh dtetapkn tarikh utk kahwin masa hr btunang 2.nasibla tarikh 2 mmng ada mksud sbb yana tetapkan ptghan bln 12 hngga 21/12. tok yana dh siap brunding ngn ktua kmpung. Mak yana pn xsekalut tok.tok aku ka nk kwin, memangla tokwan dh takda.tp, mgkin dia xcited sbb cucu sulung kahwin.

Brg2 hntran kawin yana pn buat shari sblm tunang.pg hr btunng 2pn smpat buat lg. pd 22 Ogos 2008, yana pn btunangla dgn fairus walaupn kami ni ntah apa2.so, yana mohon maaf pd kwn2 sbb xbgtau.fe dn la yg sblik ngn yana pn xtau smpaila yana bg kad kwin. Alasannya, yana btunang xpress, bla tgok gmbr org btnang, cntiknya siap bpelamin. apapun yana bsykur sbb smpat jgak rsa jd tunang org slama 115hari.maaf ye kawan2...kita mampu merancang, Tuhan yang menentukan..cepat atau lambat, yang penting kita terima semua yg telah ditetapkan...

kakak-kakak tersayang di IPG Melaka...

0

Posted by princess fairus | Posted on 9:27 PM | Posted in

Sedar tak sedar,dah hampir tamat pengajianku di IPG ni.hanya menghitung hari untuk meninggalkan IPG ni yang entah bila aku akan melihatnya lagi...Aku tak ada kakak. Tapi, di sini aku dapat 5 orang kakak yang comel2 belaka. Berikut ialah kakak-kakakku yang sangat kusayangi....
KAK LONG

Kakak sulung dalam kelasku, yang kupanggil Kak Long, masa mula2 datang dulu aku tengok kak long agak berisi tp stelah 4thn memang dh jd slim.apakah rahsianya?xpernah pulak aku tanya. Kak Long nmpak sempoi, pandai orangnya. Berjaya jugak dapat 4flat spnjang di sini. Buat xment memang kemas dan perfect, selama aku bekerjasama dengan kak long semasa sem 1 dan 2 dulu.Aku doakan kak longku ini cepat2 kahwin bila dah posting nnt.

KAK TI

Aku kenal kak ti sejak di IB lagi..kak ti jnis suka senyum. Orngnya nampak matang,kemas.Baik orangnya. Kak ti lahir sama dengan bulan kelahiranku. Masa dinner aku tertarik dengan tudung dan baju kak ti.walaupun simple tapi cntik. K.ti, cepat2la kahwin dengan abang hari 2 ye...

KAK YUNI

Bagi aku, kak yuni memang suka bergaya.Tringat masa dinner, bulu mata palsunya mnrik phtianku. Kak yuni, makanla banyak supaya badan berisi. Kadang2 aku tengok kak yuni cam susah hati je,mgkin sebab risaukan posting kot.jnganla risau,apepun k.yuni akan balik johor jgak nnt.

KAK WAN

Kak Wan memang cergas orangnya. Putih melepak, kacukan Siam.Terkenal dgn motor oren. Mnjadi Monalisa masa dinner hari tu, terkejut aku tngok pakaian k.wan. K.wan nak sangat posting ke Sabah dan mnjadi orng sana. Jangan lupa kami kt seberang sini bila dh kt sana nnt..

KAK IJAT

Orang Jawa, memang suka memberi idea dan pendapatnya dalam kelas. Skarang ni aku tengok k.ijat suka pakai selendang, cantik, sesuaila dengan bentuk mukanya. Aku suka video yang k.ijat buat untuk dinner hari tu.

Aku mungkin jenis tak banyak cakap dalam kelas tapi aku tahu serba sedikitla tentang kakak2 aku ni. Aku doakan semoga mereka semua cepat2 kahwin dan bahagia di dunia dan di akhirat.yana sayang kakak2 semua...




jiwang_karat.com

1

Posted by princess fairus | Posted on 6:49 PM | Posted in

kata kawan2ku,aku ni jiwang, betulke?tapi aku rasa betul tapi xsampai tahap karat dan meleleh kot.Aku ni minat lagu2 jiwang sejak zaman sekolah rendah. masa aku darjah 5, aku suka sangat lagu2 kumpulan slam..ala zamani vokalisnya dan lagu2 ct nurhaliza. Tapi lagu2 lain pn aku layan gak.

Sebut pasal jiwang, aku ni suka lagu2 rock kapak. Aku ada tanya suamiku, adakah aku ni jiwang?kata suamiku, kalau aku ni jiwang, dia lagi berjiwang-jiwang.haha, sebabnya aku ngan suamiku memang minatla lagu2 jiwang ni. Pagi Sabtu kalau di rumah tentunya kami mendengar Carta Sinar, kan radio tu ada lagu2 jiwang lama2. Kalau g karaoke pn kitorang memang nyanyi lagu jiwang. Lagu yang selalu suamiku nyanyi, Sketsa Sebuah Cinta(May), Fantasia Bulan Madu(Search) dan Penghujung Rindu(Jamal Abdillah).

Bagi aku laki yang suka lagu jiwang adalah lelaki yang romantik. sebab dalam lagu jiwang, kalau kita hayati liriknya memang sampai tahap empati, boleh memahami perasaan orang lain. Contoh, lagu putus cinta, walaupun aku takdakla pengalaman putus cinta ni, aku boleh tahu perasaan sakitnya putus cinta tu. So, bagi aku, laki yang suka lagu jiwang ni seorang yang mudah tersentuh hatinya dan memahami perasaan orang lain. Pada pendapat aku la..mungkin ada yang tak bersetuju.

Tapi, lagu2 rancak cam elyana, elzynn, ok gak..cam fabulous cat.muzik tu sesuatu yang indah, terpulanglah pada individu nak dengar lagu camana. jiwang ke tak, yang penting jangan sampai meleleh air liur bila dengar lagu jiwang ok.

maafkan aku,ayah...

0

Posted by princess fairus | Posted on 6:13 PM | Posted in

aku bukanlah terlalu rapat dengan ayahku. dulu, ayahku seorang tentera.selalula kami berpindah.masa kecik2 aku takut dengan ayah.ayahku marah kalau kami bangun lewat. ayahku juga selalu bagi ceramah.malas betul nak dengar. Masa kecik2 ayahku selalu bawak aku jalan2 naik motor, kami pernah naik motor ke kaki Gunung Jerai, Pantai Murni dan memang perjalanan yang jauh2 la jugak walaupun naik motor.


Teringat semasa aku dalam darjah 4, aku dipukul teruk oleh ayah. Sampai aku lari dari rumah. Malam tu dah pukul 10 aku lari dari rumah. Aku bukan pergi jauh pun, aku lari ke rumah tok yang letaknya lbih kurang 500meter dri rumahku masa tu. Puncanya aku bergaduh dengan adikku yang ketiga kerana berebutkan selimut baru. Aku kecil hati masa tu sebab kenapa sebagai kakak aku pulak kena mengalah dan tak dapat gunakan selimut tu. Aku dipukul bukan sebab bergaduh tapi sebab keberanian aku berlari ke rumah tok aku dalam keadaan gelap pada malam tu. Ayahku kejar naik motor, aku pulak lari.nampaknya aku lari lebih laju. Malam tu aku tido sambil menangis sampai ke pagi.

Masa aku masuk sekolah menengah dan tinggal di asrama, hubunganku dengan ayah dah mula renggang. sebab aku sangat rapat dengan mak. Aku dah tak bercerita apa2 lagi dengan ayah. Mak dan ayah jarang melawat aku di asrama kerana asramaku yang jauh. Tapi, sekali sekala mereka datang, kami pasti berkelah di air terjun Lata Mengkuang dan Perangin. Seronoknya bila diingatkan masa tu.


Sekarang aku dah berkahwin dan tanggungjawab ayah dah berakhir sebaik sahaja menjadi wali semasa hari pernikahanku. Tapi, ayah tetap menelefon dan sms aku.ayah juga selalu tanya kenapa aku tak pernah nk telefonnya.aku selalu beri alasan tiada kredit, sibuk, entahla,kadang2 niat hati nak telefon tapi aku tak tahu nak cakap apa. Ayahku bukanlah selalu sihat tapi ada perkara yang membuatkan aku marah dengan ayah. Aku pun banyak buat salah dengan ayah. Walaupun aku dapat memaafkannya, aku tak yakin dapat jadi serapat dulu semasa zaman kanak-kanak aku. Tak sangka pula aku akan memilih seorang tentera sebagai suami, macam pekerjaan ayahku dulu. dan kebetulan ayahku juga pernah berkhidmat di kem suamiku berkhidmat sekarang. Apapun aku doakan yang terbaik untuk ayah...maafkan aku, ayah...



Dia....

0

Posted by princess fairus | Posted on 7:34 PM | Posted in

aku mengenalinya selepas tamat SPM.aku tak pernah rasa bagaimana perasaan tu sehinggalah aku mengenalinya.pertemuanku dengannya berlaku sewaktu aku dalam bas menuju ke Pulau Pinang. semasa di sekolah, aku tak pernah fikir nak bercinta sebab aku fikir nak belajar sampai masuk universiti.semasa di sekolah juga, aku bahagia bersama teman-teman aku, memang tak fikirla bab cintan-cintun ni.bagi aku, tak ada lelaki yang akan suka pada aku sebab masa tu tubuh aku agak berisi, dengan bercermin mata, nak bercakap dengan budak lelaki kelas aku pun jauh sekali kecuali ada yang menegur.

apabila aku jumpa dengannya kali pertama, dia senyum pada aku.katanya dia nak kawan dengan aku.pada masa tu aku fikir apa salahnya aku cuba berkawan dengan lelaki.tapi, laki dan perempuan boleh jadi kawan baikke?pada detik itu aku mula berbalas mesej dengannya.lagipun aku memang takda boyfriend. Dia pun melayan aku dengan baik. Lama kelamaan persahabatan aku dengannya bertukar menjadi sayang. tapi apa yang lebih penting, aku telah bawa dia berjumpa mak aku. kalau mak aku setuju dan suka, aku akan teruskan.kalau tak, aku terpaksa putuskan. nampaknya mak aku menyukai dia.

Setelah 5tahun bercinta, akhirnya dia ajak aku bertunang. Ha?bertunang?xpayahla..kahwin je terus. lagipun aku plan nak kahwin 20/10/2010.cntik tarikh tu.tapi jodoh kami cepat, begitu cepat masa berlalu akhirnya aku dah menjadi tunangnya. Pertunangan aku dengannya simple sangat, sebab tok aku yang beria-ia nak buat kenduri bertunang.Pertunangan aku dengannya berlangsung pada hari Jumaat, 22 Ogos 2008.

Setelah 115 hari kami bertunang, aku diijabkabulkan dengannya pada tarikh 14 Disember 2008. Setiap tarikh dan angka yang aku pilih untuk bertunang, wang hantaran, mas kahwin, semuanya ada maksud yang hanya aku dan dia yang tahu. Aku bagaikan tak percaya. Dengan sekali lafaz, aku sah bergelar isterinya. Terasa aku dengannya masih kebudakan sebab aku berusia 22tahun dan dia 24 tahun masa tu.

Sedar tak sedar, dh hampir setahun aku berumahtangga.dah bermacam dugaan kami lalui bersama.betul kata orang,mula2 berkahwin memangla susah tapi bagi aku,yang penting sentiasa bersama-sama menempuh segala dugaan yang datang. Tambahan pula, aku hanya mengharapkan dia kerana aku masih belajar.

Pada bulan Disember ini, aku akan menyambut ulangtahun kelahiranku yang ke-23, ulangtahun pernikahanku yang pertama dan ulangtahun persahabatan kami yang ke-6. Aku berdoa dan berharap hubungan yang kami bina ini di dalam redha Yang Maha Esa. Aku juga berdoa semoga aku dapat hidup bahagia bersamanya hingga ke akhir hayatku, jodoh kami panjang dan bakal memperoleh cahaya mata pertama tak lama lagi. Amin...

Dia yang kusebutkan ialah suamiku tercinta..MOHD FAIRUS BIN AHMAD yang bertugas sebagai tentera darat di Kem Batu 3,Temerloh Pahang. Yana sayangkan abang selamanya...

air mata ibu...

0

Posted by princess fairus | Posted on 4:15 PM | Posted in

semalam sewaktu slot stngh jam bsama Dr. K,beliau menayangkan video tentang ibu...aku cba mnhan air mata tp ia tetp mngalir kerana aku tkenngkn mak aku di Sg Petani.dh lama aku xjmpa mak,sejak aku berkahwin, tgungjwb aku lbih utama pd suami. Lagi pula, aku di Melaka, suami di Pahang dan mak di Kedah. 3 negeri yg memang bjauhan.

Lagu "Jasa Bonda", "Air Mata Ibu", " Buatmu Ibu" dan "Syurga di Telapak Kaki Ibu" memang mbuatkn hati aku trsentuh stiap kali mndngarnya. Lagu2 ni mmng sbati ngn aku sjak aku mula masuk ke sekolah asrama. Dan aku xpnah jemu dngar lagu2 ni...

Trngat masa aku di sekolah menengah, aku menonton telemovie "Air Mata Ibu"..sepanjang menonton cerita tu, air mata aku btrusan mengalir...trlalu sedih crtanya dan smpai skrg aku msih ingat cerita tu. Aku sgt snstif bla mnnton crta2 tntang ibu.

Engkau semakin dewasa,berjiwa merdeka, sedang dia semakin tua, membilang usia...ya, aku dh semakin dewasa dan tak lama lagi aku juga bakal bergelar ibu, insyaAllah. Xsabar aku nk balas jasa mak. Bagi aku,utk mmblas jasa mak bukan saja dgn bagi duit tiap bulan, yg pnting aku sntsa dpt brkngsi suka duka dgn mak, aku dapat mnjdi anak yg baik...

Aku dan ibuku mmng xdpt dipisahkan. Aku sring brkongsi suka duka dgn ibu. Dalam dunia ni, hanya ibuku insan yg sanggup berkorban apa saja untukku. Walaupun dh brkhwin,setiap hari mulutku xpernah lekang menyebut tntang ibuku. Ibuku adalah insan kedua yg aku fikirkan slpas suamiku.

Kata ibuku, dia sanggup ikut aku posting ke pedalaman, sanggup meninggalkan adik2 demi aku.. Seringkali adik2 aku berkata yg mak lbih menyayangi aku dr mereka. Mak kata aku ni anak kesayangan. Masa mula2 aku kenal suamiku, aku bawa dia jumpa mak aku..sbb aku kena ikut pilihan mak aku. Mak dh sukakan suamiku sjak kali ptama brjumpa. Dengan restu mak, akhirnya aku diijabkabulkan dngn insan yang aku cntai.

Byk lgi aku nk crtakan tp nnt2la..lgpn aku blm arif tntang pnulisan blog.apapn, ibuku adalah segalanya. I LOVE YOU MAK..PUAN RUSMINA BINTI OMAR...
Kepada kawan2 semua, sayangilah ibu anda, jangan biarkan air matanya mengalir kerana kekecewaan terhadap kita...biarkan ia menangis kerana kejayaan dan melihat kita bahagia...

hari pertama di MPPM...

2

Posted by princess fairus | Posted on 8:28 PM | Posted in

Teringat aku masa mula2 datang ke maktab...dulu aku foundation kt ibmm, KL..tb2 kena datang belajar kat Melaka. Tp aku xkisah pn kena tukar maktab ni,sebab aku dapat pengalaman kt tmpat baru..lgpun kt KL kos hidup tinggi,jiwa aku xsesuai kt sana...aku dtng dftar kt maktab msa tu dihantar oleh mak dan pakwe aku (skrg suami)...aku mula2 smpai dh mula rsa xslesa bila tgok keadaan bilik asrama masa 2...mklumla mktb pling tua..tntula "cntik"...pulak 2 toilet yg kena angkat..hanya org yg dok aras aku dok masa 2 tahu dan faham keadaan masa 2..tmbh2 time angin bertiup kncang...
ms dtg 2 aku pakai baju wrna putih, bunga hijau2...trngt ms intrview msuk mktb aku pakai baju wrna hijau gk,hr kwin pn hijau gak,agknya wrna hijau ni wrna btuah utk aku kot...ms dftar aku tgok ada org dh pakai tudung "srikandi"..hanya pljar mktab Melaka yg tau tudung 2...yg wajib dipakai spnjang orientasi...mula2 aku ingtkan fesyen tudung trbaru ka..knp buruk sgt fesyen ni...tp last2 aku pn kna pakai jgk..

ms mk dn pkwe aku nk blik sbb orientasi dh nk mula ptg 2..aku punyala menangis mcm kena msuk pnjara ja..aku tgok pkwe aku pn nangis jugak..meleleh air mata dia,bukan apa,dia 2 risaukan aku sngat.tp mak aku tak nangis pn,sbb mk aku dh biasa hntar aku blajr jauh2 agknya...dan xmau tgk aku sedih...

pada hari itu,16 Januari 2006, sah la aku bgelar plajar Maktab Perguruan Perempuan Melayu..dan aku mcm xpcya skrg ni aku dh mlalui hari2 trakhir di IPG ni...

princess fairus?kenapa ek?

0

Posted by princess fairus | Posted on 7:57 PM | Posted in

princess fairus?puteri raja mana 2?nama ni adalah pilihan suami aku..sebab kata dia,aku ni tuan puteri.haha....tuan puteri suami aku daa...fairus adalah nama suami aku...so, sesiapa yang baca blog aku ni, jangan nak kata aku perasan pulak sebab kat rumah suami aku memang panggil aku "tuan puteri"...hehe..