Dia....

Posted by princess fairus | Posted on 7:34 PM | Posted in

aku mengenalinya selepas tamat SPM.aku tak pernah rasa bagaimana perasaan tu sehinggalah aku mengenalinya.pertemuanku dengannya berlaku sewaktu aku dalam bas menuju ke Pulau Pinang. semasa di sekolah, aku tak pernah fikir nak bercinta sebab aku fikir nak belajar sampai masuk universiti.semasa di sekolah juga, aku bahagia bersama teman-teman aku, memang tak fikirla bab cintan-cintun ni.bagi aku, tak ada lelaki yang akan suka pada aku sebab masa tu tubuh aku agak berisi, dengan bercermin mata, nak bercakap dengan budak lelaki kelas aku pun jauh sekali kecuali ada yang menegur.

apabila aku jumpa dengannya kali pertama, dia senyum pada aku.katanya dia nak kawan dengan aku.pada masa tu aku fikir apa salahnya aku cuba berkawan dengan lelaki.tapi, laki dan perempuan boleh jadi kawan baikke?pada detik itu aku mula berbalas mesej dengannya.lagipun aku memang takda boyfriend. Dia pun melayan aku dengan baik. Lama kelamaan persahabatan aku dengannya bertukar menjadi sayang. tapi apa yang lebih penting, aku telah bawa dia berjumpa mak aku. kalau mak aku setuju dan suka, aku akan teruskan.kalau tak, aku terpaksa putuskan. nampaknya mak aku menyukai dia.

Setelah 5tahun bercinta, akhirnya dia ajak aku bertunang. Ha?bertunang?xpayahla..kahwin je terus. lagipun aku plan nak kahwin 20/10/2010.cntik tarikh tu.tapi jodoh kami cepat, begitu cepat masa berlalu akhirnya aku dah menjadi tunangnya. Pertunangan aku dengannya simple sangat, sebab tok aku yang beria-ia nak buat kenduri bertunang.Pertunangan aku dengannya berlangsung pada hari Jumaat, 22 Ogos 2008.

Setelah 115 hari kami bertunang, aku diijabkabulkan dengannya pada tarikh 14 Disember 2008. Setiap tarikh dan angka yang aku pilih untuk bertunang, wang hantaran, mas kahwin, semuanya ada maksud yang hanya aku dan dia yang tahu. Aku bagaikan tak percaya. Dengan sekali lafaz, aku sah bergelar isterinya. Terasa aku dengannya masih kebudakan sebab aku berusia 22tahun dan dia 24 tahun masa tu.

Sedar tak sedar, dh hampir setahun aku berumahtangga.dah bermacam dugaan kami lalui bersama.betul kata orang,mula2 berkahwin memangla susah tapi bagi aku,yang penting sentiasa bersama-sama menempuh segala dugaan yang datang. Tambahan pula, aku hanya mengharapkan dia kerana aku masih belajar.

Pada bulan Disember ini, aku akan menyambut ulangtahun kelahiranku yang ke-23, ulangtahun pernikahanku yang pertama dan ulangtahun persahabatan kami yang ke-6. Aku berdoa dan berharap hubungan yang kami bina ini di dalam redha Yang Maha Esa. Aku juga berdoa semoga aku dapat hidup bahagia bersamanya hingga ke akhir hayatku, jodoh kami panjang dan bakal memperoleh cahaya mata pertama tak lama lagi. Amin...

Dia yang kusebutkan ialah suamiku tercinta..MOHD FAIRUS BIN AHMAD yang bertugas sebagai tentera darat di Kem Batu 3,Temerloh Pahang. Yana sayangkan abang selamanya...

Comments (0)

Post a Comment