kesedihan seorang sahabat....

Posted by princess fairus | Posted on 9:54 PM | Posted in

yana menulis ni dengan perasaan sedih dan rasa sebak. yana baru saja tengok gambar2 korang semua semasa majlis perpisahan tu. maaf sebab yana tak dapat hadirkan diri. Fairus dh beli tket untuk yana balik masa sebelum kak wan gtau nk diadakan majlis tu.yana tak dapat batalkan sbb fairus dh beli dan yana takmau dia kecil hati.

Sepanjang kita bersama, yana mungkin tak banyak cakap sangat dengan korang.lagipun kita lain2 rumah. jadinya, yana mohon maaf kalau ada yang terasa hati, anggap yana sombongke, kalau yana ada mnyakitkan hati sapa2, buat apa yg korang xsuka, yana mohon maaf banyak2. sebagai kawan, yana dh cuba untuk jadi yg trbaik tp yana cuma manusia biasa yg tak lepas dri buat silap dan salah.

Kesempatan yang ada ni, yana nk ucapkan jugak jutaan terima kasih pada korang semua kerana sudi mnjadi sahabat NUR IZIANA AZIZAN dan yang banyak membantu yana selama ni. Dan terimalah lirik ni yang yana tujukan khas untuk korang semua...

Mereka bilang kau tak punya apa-apa,
Namun bagiku engkaulah kisah silamku,
Cerita lama,kisah suka dan duka bersamamu,
Kupasti kitakan bertemu,
Setelah sekian waktu,
Wahai sahabatku,
Kupasti,kitakan bertemu,
meleraikan rindu,
Wahai sahabatku...

Comments (0)

Post a Comment