jiwang_karat.com

Posted by princess fairus | Posted on 6:49 PM | Posted in

kata kawan2ku,aku ni jiwang, betulke?tapi aku rasa betul tapi xsampai tahap karat dan meleleh kot.Aku ni minat lagu2 jiwang sejak zaman sekolah rendah. masa aku darjah 5, aku suka sangat lagu2 kumpulan slam..ala zamani vokalisnya dan lagu2 ct nurhaliza. Tapi lagu2 lain pn aku layan gak.

Sebut pasal jiwang, aku ni suka lagu2 rock kapak. Aku ada tanya suamiku, adakah aku ni jiwang?kata suamiku, kalau aku ni jiwang, dia lagi berjiwang-jiwang.haha, sebabnya aku ngan suamiku memang minatla lagu2 jiwang ni. Pagi Sabtu kalau di rumah tentunya kami mendengar Carta Sinar, kan radio tu ada lagu2 jiwang lama2. Kalau g karaoke pn kitorang memang nyanyi lagu jiwang. Lagu yang selalu suamiku nyanyi, Sketsa Sebuah Cinta(May), Fantasia Bulan Madu(Search) dan Penghujung Rindu(Jamal Abdillah).

Bagi aku laki yang suka lagu jiwang adalah lelaki yang romantik. sebab dalam lagu jiwang, kalau kita hayati liriknya memang sampai tahap empati, boleh memahami perasaan orang lain. Contoh, lagu putus cinta, walaupun aku takdakla pengalaman putus cinta ni, aku boleh tahu perasaan sakitnya putus cinta tu. So, bagi aku, laki yang suka lagu jiwang ni seorang yang mudah tersentuh hatinya dan memahami perasaan orang lain. Pada pendapat aku la..mungkin ada yang tak bersetuju.

Tapi, lagu2 rancak cam elyana, elzynn, ok gak..cam fabulous cat.muzik tu sesuatu yang indah, terpulanglah pada individu nak dengar lagu camana. jiwang ke tak, yang penting jangan sampai meleleh air liur bila dengar lagu jiwang ok.

Comments (1)

"kalau aku ni jiwang, dia lagi berjiwang-jiwang.haha" ~Yana

Hah? Berjiwang-jiwang??

First time dengar ayat tuh...

Post a Comment